Brand's

Skip To Content

Share To:

Privacy Policy

Privacy Policy

Terma Penggunaan Laman Web

Sila baca dengan teliti syarat-syarat perjanjian penggunaan istilah yang ternyata dalam dokumen ini ("Perjanjian"). Dalam keseluruhan Perjanjian ini, "Cerebos" merujuk kepada Cerebos (M) Sdn. Bhd. dan/atau mana-mana syarikat atau anak syarikat yang berkaitan mengikut kesesuaian konteks.

Dengan menggunakan laman web ini ("Laman"), anda bersetuju untuk terikat oleh dan menerima Perjanjian ini tanpa persoalan atau syarat. Cerebos boleh dari semasa ke semasa membuat perubahan kepada Perjanjian ini tanpa sebarang pemberian notis dan penggunaan Laman berikutan perubahan kandungannya  dianggap penerimaan dan persetujuan daripada anda untuk terikat dengan Perjanjian ini mengikut klausa yang diubah. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma, sila keluar dan elak daripada menggunakan laman web ini.

Cerebos hanya membenarkan anda untuk melihat dan memuat turun bahan-bahan dalam Laman ini semasa mengakses maklumat untuk tujuan peribadi anda.

Isi kandungan laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua teks, grafik, nama, logo dan cap dagangan ("Kandungan"), dimiliki oleh atau dilesenkan dengan rasmi kepada Cerebos. Pengubahsuaian, semakan, transmisi, penghasilan semula, penyalinan, rakaman dan imbasan Kandungan untuk sebarang tujuan dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua jenis peranti selain daripada yang dibenarkan dengan nyata oleh Cerebos sama ada melalui notis yang disiarkan di Laman ini atau yang diberikan oleh Cerebos secara bertulis adalah dilarang sama sekali. Tanpa mengehadkan klausa tersebut, tiada yang terkandung di sini boleh ditafsirkan sebagai memberikan apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana cap dagangan yang dipaparkan dalam Laman ini tanpa kebenaran bertulis oleh pemilik cap dagangan yang relevan.

Anda bersetuju untuk tidak menyahsusun, menjalankan kejuruteraan berbalik atau menyahpasang mana-mana perisian atau produk atau proses yang boleh diakses melalui Laman, memasukkan sebarang kod atau produk atau memanipulasi kandungan Laman ini dalam apa jua cara yang menjejaskan pengalaman pengguna lain dan tidak terlibat dalam apa jua jenis perlombongan data, pengumpulan data atau pengekstrakan. Semua penggunaan bahan-bahan ini pada mana-mana laman web yang lain (termasuk tanpa had, memaparkan Laman ini atau mana-mana bahan yang terkandung atau yang boleh dimuat turun dari Laman ini dalam bingkai di laman web lain tanpa kebenaran bertulis Cerebos) adalah dilarang sama sekali.

Kecuali dinyatakan secara khusus untuk sebaliknya, semua maklumat peribadi yang diberikan oleh anda apabila menggunakan Laman ini akan diuruskan mengikut Polisi Privasi. Anda sahaja yang bertanggungjawab untuk maklumat yang anda berikan dalam menggunakan Laman ini dan anda bersetuju untuk membekalkan kami maklumat yang tepat dan terkini sahaja.

Cerebos menggunakan teknologi pengesanan (contohnya cookies) untuk mengumpul maklumat bukan peribadi yang dikenal pasti secara automatik. Polisi Cerebos  mengenai penggunaan teknologi pengesanan seperti ini terkandung dalam Polisi Privasi tersebut di atas. Laman ini mungkin mengandungi satu atau lebih pautan yang menghubungkan laman web luar yang dikendalikan oleh pihak ketiga ("Laman Pihak Ketiga"). Pada masa yang sama, Laman Pihak Ketiga tertentu juga boleh menyediakan pautan kepada Laman ini. Cerebos tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab atas kandungan dalam mana-mana Laman Pihak Ketiga. Akses kepada mana-mana Laman Pihak Ketiga adalah atas risiko anda sendiri dan Cerebos tidak menanggung sebarang liabiliti terhadap anda yang timbul atas penggunaan atau pergantungan kepada apa-apa maklumat yang diterbitkan di Laman Pihak Ketiga itu. Data atau maklumat peribadi yang anda berikan di laman tersebut adalah atas risiko anda sendiri dan Cerebos tidak menanggung sebarang tanggungjawab dan liabiliti yang bersabit dengannya.

Penggunaan laman web ini adalah atas risiko anda sendiri. Walaupun Cerebos akan menggunakan segala daya yang munasabah untuk memastikan kebolehpercayaan maklumat dalam Laman ini, dengan menggunakan Laman ini anda bersetuju untuk menerima semua maklumat produk dan perkhidmatan yang disarankan "SEBAGAIMANA TERSEDIA". Cerebos tidak memberi jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, mengenai ketepatan, kesempurnaan, kebolehpercayaan, kebolehkendalian atau kesahan mana-mana maklumat yang terkandung dalam Laman ini, termasuk produk atau perkhidmatan yang disediakan melalui Laman ini. Cerebos juga tidak langsung memberi jaminan (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang bersabit) terhadap kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan penjagaan hak pihak ketiga. Cerebos juga tidak memberi apa-apa jaminan atau membuat sebarang andaian bahawa Laman ini tidak akan terganggu, dan bebas daripada kesilapan atau serangan virus.

Laman ini mengandungi maklumat dan bahan-bahan mengenai Cerebos dan produk yang dikeluarkan atau dijualnya di bawah cap dagangan BRAND'S®. Cerebos tidak sekali secara langsung mahu pun tidak langsung memberi nasihat atau saranan perubatan dan tiada apa-apa dalam Laman ini merupakan nasihat atau saranan perubatan. Anda bersetuju bahawa mana-mana nasihat yang diberikan kepada anda oleh Cerebos sebagai respon kepada soalan-soalan kesihatan anda diberikan dari perspektif pemakanan, dan bukan dari perspektif perubatan, dan bahawa dalam usaha mempelawa anda untuk bertanya soalan kepada pihak Cerebos, pihak Cerebos tidak memberi anda jawapan yang boleh dianggap sebagai diagnosis perubatan atau rawatan. Anda selanjutnya bersetuju bahawa sebarang nasihat pemakanan yang diberikan adalah atas dasar umum dan bukan peribadi.

SILA RUJUK KEPADA DOKTOR, ATAU PROFESIONAL PENJAGAAN KESIHATAN  YANG BERTAULIAH SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN NASIHAT ATAU CADANGAN PERUBATAN, ATAU PUN SEKIRANYA ANDA TIDAK PASTI SAMA ADA PRODUK YANG DIBINCANGKAN DAN/ATAU DITAWARKAN MELALUI LAMAN INI ADALAH SESUAI UNTUK ANDA.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang bersabit, Cerebos tidak akan bertanggungjawab kepada anda dan anda dengan ini tidak mempertanggungjawabkan Cerebos  terhadap sebarang liabiliti yang timbul, sama ada mengikut kontrak, akibat penipuan atau kecuaian. Juga termasuklah mana-mana kerugian langsung, tidak langsung, khusus, berturutan atau punitif yang wujud (atau diadu sebagai wujud) akibat atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan kepada Laman ini atau mana-mana laman web yang berpaut dengan Laman ini. Liabiliti dan kerugian tersebut merangkumi kecederaan diri atau kematian akibat kecuaian, atau salah faham.

Jika Cerebos mengenakan pembekalan nama pengguna (“USER NAME”) dan/atau kata laluan (“PASSWORD”) untuk mengakses Laman atau bahagian-bahagian tertentu di dalamnya. USER NAME dan/atau PASSWORD anda adalah sulit dan peribadi. USER NAME dan PASSWORD yang akan diberikan anda menjadi hakmilik Cerebos dan anda tidak boleh mendedahkan USER NAME atau PASSWORD itu kepada mana-mana pihak lain dan jika berlaku, anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaannya dengan atau tanpa pengetahuan atau kebenaran anda. Anda hendaklah memberitahu Cerebos jika mengesyaki keselamatan USER NAME atau PASSWORD anda terancam dalam apa jua cara. Cerebos boleh menamatkan akaun anda, dan/atau menafikan atau menyekat akses anda kepada Laman ini, pada bila-bila masa tanpa notis atas sebarang sebab. Walaupun Cerebos berniat untuk menawarkan kemudahan akaun untuk jangka masa yang panjang, Cerebos berhak mutlak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan kepada mana-mana ahlinya jika persekitaran perniagaan kompetitif menyebabkan perkhidmatan atau diskaun yang ditawarkan tidak dapat dilaksanakan.

Tertakluk kepada aplikasi Polisi Privasi untuk melindungi maklumat peribadi, apa-apa komen, cadangan, idea, persoalan, data, grafik, gambar, maklumat atau apa-apa bahan lain yang anda hantar atau mengemukakan kepada Cerebos melalui Laman ini ("Sumbangan") akan dianggap sebagai tidak sulit dan bukan hak milik peribadi. Semua Sumbangan menjadi hakmilik Cerebos dan Cerebos layak untuk menggunakan Sumbangan atau mana-mana bahagiannya bagi apa-apa tujuan yang dianggap sesuai (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan dalam saluran atau media lain) TANPA PAMPASAN UNTUK ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA. Dengan menyiarkan atau menghantar Sumbangan, anda menjamin bahawa anda adalah pemilik Sumbangan, atau mempunyai hak untuk menggunakan dan berurus dengannya. Penggunaan Sumbangan oleh Cerebos tidak boleh dianggap menindas mana-mana hak pihak ketiga. Anda juga mengakui bahawa Cerebos tidak diwajibkan untuk menggunakan Sumbangan. Cerebos juga tidak diwajibkan untuk menamakan anda atau memberi kredit kepada anda, sekiranya Sumbangan anda digunakan.

Anda bersetuju untuk tidak memuat atau menyiarkan apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, menipu, memfitnah, lucah, pornografik atau tidak senonoh, termasuk sebarang bahan yang boleh mendorong tindakan yang boleh dianggap kesalahan, jenayah atau melanggar mana-mana undang-undang yang berkaitan. Cerebos berhak untuk memadam mana-mana bahan-bahan yang tidak menyenangkan mengikut budi bicara secara mutlak. Cerebos juga boleh melaksanakan budi bicara mutlak untuk mengehadkan akses kepada Laman atau menamatkan akaun pengguna anda sekiranya penggunaan anda di Laman melanggar mana-mana terma Perjanjian ini.

Anda bersetuju untuk menanggung sebarang kerugian dan  tidak pertanggungjawabkan Cerebos atas apa jua kerosakan atau kerugian yang dialami, sama ada yang langsung, sampingan atau berturutan, akibat daripada pelanggaran mana-mana undang-undang yang bersabit.

Jika anda percayai mana-mana bahan boleh didapati di Laman ini melanggar hak cipta anda atau mana-mana harta intelek milik anda atau dalam kawalan anda, mohon maklumkan kepada pihak kami melalui saluran yang berikut:

[menyatakan butir-butir hubungan yang berkaitan]

Perjanjian ini, sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengannya, dan isi kandungan atau penggubalannya (termasuk pertikaian atau tuntutan bukan kontrak) hendaklah ditafsirkan dan ditadbir mengikut undang-undang Singapura dan pihak Cerebos dengan akur kepada kuasa eksklusif mahkamah Singapura.

Polisi Privasi

Polisi Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang boleh diakses atau dimuat semasa melayari Laman ini dan tujuannya kami menggunakan maklumat tersebut.

Cerebos (M) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat yang berkaitan atau cawangannya ("Cerebos") menghormati hak peribadi semua pelawat ke Laman ini. Cerebos tidak akan menyimpan maklumat pengenalan peribadi anda kecuali maklumat yang dikemukakan itu adalah secara sukarela dengan penuh pengetahuan dan/atau kebenaran anda.

Cerebos boleh meminta maklumat khusus daripada anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor pengenalan, alamat, jantina, alamat e-mel, nombor telefon dan umur ("Maklumat Peribadi") untuk melengkapi borang

pendaftaran/keahlian/pertandingan/pesanan Cerebos.

Semua maklumat yang dikumpul akan diproses mengikut Polisi Privasi ini. Dengan mengemukakan Maklumat Peribadi kepada Cerebos, anda bersetuju untuk mengakuri terma-terma dalam Polisi Privasi ini.

Cerebos akan menggunakan dan memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapat maklumat kesihatan tertentu;
  • Untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapat sesuatu produk dan/atau perkhidmatan;
  • Untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan tertentu yang anda menerima daripada Cerebos;
  • Untuk memudahkan dan melancarkan akses kepada Laman Cerebos bagi anda;
  • Untuk meningkatkan reka bentuk dan fungsi Laman;
  • Untuk mencadangkan produk-produk yang dapat memenuhi keperluan kesihatan dan keperluan am anda;
  • Untuk menjalankan analisa bagi tujuan pemasaran dan penyelidikan agar Cerebos boleh meningkatkan kualiti produk dan pengalaman menggunakan Laman dan produk Cerebos;
  • Untuk menjalankan analisa data Laman dan penggunaan agar Cerebos lebih memahami keperluan dan/atau kepentingan anda demi menentukan corak dan trend umum;
  • Mengemaskini dengan menghantar penerbitan, bahan bacaan, surat, siaran e-mel, siaran terkini atau makluman kepada anda;
  • Untuk memaklumkan anda tentang tawaran khas dan produk baru yang relevan;
  • Untuk tujuan lain mengikut permintaan yang telah atau akan disetujui anda dari semasa ke semasa.

Cerebos menghormati keperibadian anda dan tidak akan memindah, menjual, menyewa, berniagakan, atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk sebarang tujuan komersial atau keuntungan tanpa kebenaran anda, kecuali apabila Cerebos mengupah pihak ketiga untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, yang termasuk:

  • memenuhi permintaan anda;
  • mencadangkan dan memilih produk yang paling dapat memenuhi keperluan kesihatan dan keperluan am anda;
  • menjalankan analisa untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan supaya Cerebos boleh meningkatkan kualiti produk dan pengalaman menggunakan Laman dan produk Cerebos;
  • enjalankan analisa statistik agar Cerebos lebih memahami keperluan dan/atau kepentingan anda demi menentukan corak dan trend umum;
  • menghantar penerbitan, bahan-bahan pemasaran, surat, siaran e-mel, siaran terkini atau makluman kepada anda;
  • membekalkan bentuk perkhidmatan yang lain kepada anda.

Dari semasa ke semasa, Cerebos mengadakan peraduan atau pertandingan yang memerlukan anda untuk mengemukakan maklumat pengenalan diri tambahan. Dalam kes seperti ini, Cerebos boleh mengubah Polisi Privasi ini untuk menyesuaikannya kepada peraduan atau pertandingan tertentu. Apabila menyertai peraduan atau pertandingan yang diadakan, anda dianggap bersetuju untuk memberi maklumat tambahan pengenalan diri dan membenarkan penggunaan maklumat ini mengikut peruntukan Polisi Privasi yang diubahsuai untuk tujuan peraduan atau pertandingan.

 

Dari semasa ke semasa Cerebos boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk menghubungi anda dan/atau memberi Maklumat Peribadi anda kepada ejen pihak ketiga untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu, seperti menghubungi anda mengenai tawaran promosi terbaru, pertandingan, pelancaran produk, pemprosesan kad kredit, penghantaran pakej, memenuhi tempahan atau menganalisa data. Dalam kes-kes tersebut, Cerebos akan menggunakan hanya maklumat yang diperlukan sahaja bagi melaksanakan fungsi tertentu. Anda dibenarkan log masuk ke Laman ini untuk mengubah maklumat peribadi. Setelah mengemukakan Maklumat Peribadi, sekiranya anda tidak mahu Cerebos menggunakannya untuk tujuan yang disenaraikan di atas, anda boleh menulis kepada Cerebos di alamat berikut: [nyatakan butir-butir perhubungan berkaitan] Cerebos akan menghentikan penggunaan Maklumat Peribadi anda untuk semua pemasaran langsung dalam tempoh 10 hari selepas menerima surat permintaan daripada anda mengenai perkara itu.

 

Cerebos berhak untuk mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada badan kehakiman, kerajaan atau pihak berkuasa yang bertauliah apabila diperlukan mengikut undang-undang Singapura atau mana-mana bidang kuasa lain yang berkenaan.

 

Jangan mewajibkan diri untuk mengemukakan Maklumat Peribadi kepada Cerebos jika tidak berniat untuk berbuat demikian.

 

Sekiranya Maklumat Peribadi anda telah didedahkan kepada umum bukan melalui pihak Cerebos, klausa yang tersebut di atas dikecualikan atau tidak dipakai lagi.

 

Kanak-kanak dan orang di bawah 21 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sebelum menghantar maklumat peribadi ke Laman ini.

 

Pengumpulan maklumat bukan peribadi

Semasa anda melayari Laman ini, Cerebos menggunakan teknologi pengesanan (contohnya cookies) untuk mengumpul maklumat teknikal bukan peribadi (seperti nama domain, pembekal akses, tempoh lawatan, bilangan halaman yang dilayari) secara automatik untuk memahami bagaimana anda dan pelawat lain menggunakan Laman ini dengan tujuan mempertingkat mutu layanan bagi anda. Kebanyakan tetamu Laman menerima cookies secara automatik, tetapi anda boleh mengubah sistem pelayar anda untuk mengelakkannya.

 

Polisi ini boleh diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Cerebos.

Hak Cipta 2009, 2013 Cerebos Pacific Limited.

>